Monday, 29 July 2013

PERUT MALAS TALI KECAPI

it's been a while since last aku blogged. not that because aku still upset pasal pemergian abah. but frankly speaking, kesedihan orang yang aku sayang dah takde forever will never go away, but doesn't mean that aku always upset. dia ada masa tetiba datang je kesedihan tu. especially malam. tapi memang dari dulu pun around 12 a.m.++ kesentimentalan aku datang tanpa diundang. ceh, hahaha. sebab tu lah wujud phrase omputih, when nothing goes right, you go left. or you go to sleep. ehehehehe. memandai je aku kelentong phrase omputih. padehal aku baca kat 9gag. hahahaha

sebenarnya, after abah meninggal banyak je benda jadi yang menceriakan aku yang aku nak cerita kat sini. as for example, pergi naik broga, trip to langkawi, trip to perhentian dan lain-lain. just takde masa je nak tulis blog. hehehe takde mase lassangattt! cuti dekat 4 bulan padehal. yang ye nya sebab aku malas. time before cuti tu, aku dah plan nak mengisi cuti aku ngan membaca buku-buku yang aku beli. but now, cuti tinggal about 1 month ++ tapi tak sampai separuh pun yang aku baca. hahahaha

kalau datang kerajinan aku nanti, aku nak tulis pasal broga, langkawi, and perhentian tu. tapi KALAU RAJIN!
nokharrom orang main meriam terkejut jantung gua!

tetiba kan, hahahaha. tak guna betul budak ni. btw, sekarang bulan puasa. bila dah besar ni, aku lagi suka bulan puasa dari raya oh. ha, tetiba aku macam nak buat post pasal zaman kanak-kanak nanti. but KALAU RAJINLAHHH once again. my perut berbunyi so kuat! hahaha.

ape lagi eh? ha, aku rase sekarang cita-cita aku nak jadi radiographer tu dah semakin kurang kabur lah sebab aku dapat offer sambung degree kat kuantan nanti course radiology and diagnostic imaging. mase aku bukak offer letter tu, aku cam mixed feeling bila baca aku dapat 1st choice aku tu. tapi lebih kepada sedihlah, ke happy tah sebab aku rase cam nak nangis. sebab pointer aku teruk kot. tak sampai 3. kau tengoklah, bukti Allah tu Maha Pemurah. Alhamdulillah sangat dapat apa yang aku nak. but for real ke aku still nak radiology? hahaha, aku sendiri pun tak tahulah. after all Allah knows best. and with that datang kemalasan aku nak sambung menaip, ditambah pulak ngan perut yang lapo bakhang ni, baik aku berenti. okaylah, assalamualaikum!

Friday, 15 March 2013

ALFATIHAH BUAT ABAH

macam tak percaya. 11 february aku buat post pasal abah. and 11 march, abah pergi tinggalkan kitorang selamanya. aku nak cerita. tapi tak mampu nak taip. dari normal je emosi aku, mau teresak-esak aku. sejujurnya, aku normal, means tak nangis, sebab aku ingat abah still ada. macam abah keluar pergi kerja atau mengopi je. tapi bila baca orang cakap kat aku, be strong bersabar sume, baru aku ingat balik abah dah takde.

banyak benda yang aku nak cerita, tapi banyak lagi kerja lain aku nak buat. so, ape yang mampu aku tulis. semoga abah bersemadi dengan tenang kat sana and semoga abah terpilih untuk ditempatkan di kalangan para kekasihNya. alfatihah. nak nangis. hmmmmm.

Monday, 11 February 2013

ABAH DAN KOSA KATANYA

aku nak tulis pasal abah aku, tapi adakah ini dikira mengumpat? sebabnya aku tulis entry ni tanpa pengetahuan abah aku. malu kot abah aku nak baca luahan hati aku. ecewah! hahahaha. padehal on lappy pun belum tentu abah aku reti.

abah aku, antara perkataan rare yang dia suka sebut GAHERAH. gaherah tu tau ape? gaherah tu stands for ghairah. hahaha. lepastu dia suka cakap perkataan tu kat aku kat situasi bila mananya aku macam kalut buat kerja. 

           "kau ni nak,  buat kerja tak boleh gaherah, tak boleh gabra, kena steady je macam abah"

hah, tulah, selain gaherah, gabra. hahahaha, bagi akulah, perkataan yang actually sesuai adalah gelabah. ha, yang terbaru..... 

                    "nak, nanti simpan mainan Dastan tu dalam bilik, rimas abah tengok depan TV ni"

"ha, kejap nanti orang buat"

then, aku terlupa. hahaha, sat lagi semalam kot, aku tengah makan, waktu maghrib. dah nak habis ni.

"nak, tutup pintu rumah tu"

"kejap ye abah orang habis makan"

"kau ni PEMBOHONG nak, kejap kau tu tak buat maknanye. abah suruh simpan mainan pun kata kejap, tak simpan terus"

sentap gua. hahaha. sat lagi esoknya awal pagi, means pagi ni lah, lepas subuh. mak suruh aku goreng nasi. aku tahu, kalau aku masak bukannya abah aku nak makan pun. lagipun aku tengah nak buat banyak gila kerja time tu. so aku jawabla "malaslah"

tengahari tadi, yong aku balik. kitorang masak sesama. abah aku balik rumah, tanye sape masak. yong aku cakaplah, kitorang masak sesame. abah aku bagitau yong aku pasal kes subuh tadi.

"ade ke boleh cakap malas nak goreng nasik adik kau ni pagi tadi, orang jawablah bila ade masa ke, kejap lagi ke"

then aku jawab

"kang orang cakap kejap tapi tak buat abah cakap pembohong pulak"

kikiki, abah kena troll balik. papepun you always gonna be my number 1 man abah!

Saturday, 9 February 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA LAH KOT

err, apesal tajuk aku begitu? cos i'm awesome. heeee. yelah, yelah. sebelum cuti punyalah eksaited nak ke terengganu bagai. namun, seperti yang kita semua ketahui, kan musim hujan banjir segala bagai, so how are we supposed to get there?! tidak ku mahu membahayakan nyawa sendiri dengan nyawa anak orang. jadi, ikutkan hajat di hati, ke langkawi kami nak tuju.

however, kekangan masa membuatkan kitorang fikir secara logiknya, ade betul gak cakap reng, spend almost 400-500 tapi everything must be in rush. tak seronok lah! maka cancel jugalah hajat kitorang nak ke langkawi. maka genting, kami datang.

hahahaha, satu benda yang aku kurang puas hati sikit, pergi balik naik cable car dengan keling. aku dahla racism sikit! hahahahaha.

cak! yay naik cable car.

dalam racism2 tu, sempat gak suruh orang amikkan gamba;p

baru lepas kena suntikan hpv ke apo ni?

reng makin comey tanpa jernya. awe melaleucca! kahkahkah

let's go main!
bon dah rupa smeagol. MY PRECIOUSSS!!

haruslah camera trick untuk nampak kurus sikit. thanks reng;p

ala-ala datin gitu bon berpashmina bagai. kekeke
nampak macam exciting je kan? best main tu. tapi sumpah gua tanak naik roller coaster lagi T.T nak nangis aku. spaceshot best gilosss bcos kau boleh nampak the whole outdoor park. awesome! kitorang main all the thrill ride kat outdoor park tu, except sg rejang, sebab tutup. and for bon dia tak main yang natang go kart tu sebab height not sufficient enough. aku pulak, takleh main bumper boat sebab weight exceeded dari weight yang dia tetapkan. HOMAIGOD! malu gila. hahahaha

after main tu, kitorang bosan. boleh pulak kan? aku rasa faktor bosan tu sebab kitorang bertiga je kot. kalau lagi ramai mesti best! nak balik malam konon! last-last pukul 5 lebih dah ada kat JJ bukit raja tengok hansel and gretel dengan the last stand. both movies are awesome!

balik rumah reng, semua rasa tak sihat malam tu. aku pulak, urut-urut tengkuk sikit, muntah. makan banyak lagi-.- so genting, it seems like the three of us won't be seeing you for quite sometimes.

p/s: gamba tak banyak sebab kitorang simpan kamera dalam locker. leceh nak bawak. pastu kitorang kedekut nak bayar banyak kali untuk simpan kamera dalam lockerXD


Friday, 8 February 2013

HAPPY BIRTHDAY KIDDOS!

gua tak kira, haritu gua nak update pasal birthday dorang, tapi tak sempat then dah balik uia. memang idak le kat uia nak mengupdate blog. haah ohhh, aku dah last sem kat uia pj tu, still tak daftar2 internet and tak guna pun internet dia. how pathetic. hahaha.

hari tu, 19 januari 2013, kitorang sekeluarga sambut birthday untuk dua kanak-kanak comel ni. actually birthday dania, 2 januari and akim on this 16th feb, saje nak sekalikan. sebab aku tengah cuti. buat kecil-kecilan gitu je, jemput pun jiran-jiran yang dekat.
yay balloons! most of it aku yang tiup. hebak bukan?

birthday cake zaman sekarang. awat sedih je rupa?

yummylicious pavlova!

birthday boy and birthday girl.

the musketeer. eh, phantom. eh

why so serioussss???

makang-makang

dah macam guru besar sekolah bagi hadiah. hihew abah.

TAN AH KIM. cuteness overload!

yong and along

presents presents presents!

angah and akak.

peace yaww!

the atoks and opahs
 alang takde sebab pergi merayap. hampeh betul. hahaha, yong-along. angah-akak. aku bila lagi??? hahahahaha

Friday, 18 January 2013

ODD FACTS PERHAPS

odd facts? err, entahlah. hahahaha, aku rase macam lama tak update. so why not buat post merepek cerita pasal benda pelik ni. tak pelik pun. orang biasanya kalau nak cakap pasal diri sendiri selalunya biar orang lain yang menilai, tapi aku, hahaha. yakin je cakap pasal diri sendiri.

nak kata facts tak jugaklah, dia macam involuntary action yang aku buat. hahaha, why bother to explain? sukati aku lah kan nak tulis ape?! hahahaha. first, aku kalau makan pedas yang macam tetiba sentap pedas dia, merah muka tu sudah tentu, aku akan sedu. taktau sedu tu ape? natang mu ni dak reti ghoyak melayu. kikiki. sedu tu hiccup. lagi satu kalau minum air karbonat yg kuat gas nya. mak aih hiccup dia.

seterusnya. aku semacam tak suka bau. tak kisahlah wangi ke busuk. bau yang aku paling suka dalam dunia ni, adalah bau makanan yg aku suka makan sudah tentu. yg 2nd aku suka is odourless. takda bau. eh bila fikir balik, banyak je bau yg aku suka. aku suka bau udara segar. ahhh! persetankan semua itu.

yg menjadi halnya dengan bau ni, bau minyak wangi. certain minyak maybe maksudku. selalu dalam cerita kartun, kan kalau dapat bunga mesti bersin. hah, camtulah jugaknye kes aku. tapi bukan bau bunga lah yang buat aku bersin. dulu aku tak pakai minyak wangi. tapi sejak masuk u, mula berjinak-jinak. hihihi. hamekkau asyik bersin dalam kelas sampai running nose bagai. bukan hidung aku lari tau. berair.

tu jelah pun benda yang aku nak tulis. benda yang aku perasan pelik sikit. bagi akulah. eleh padehal orang lain pun sama. batak betul aku ni. kahkahkah~

Friday, 11 January 2013

AKU MAHU SAIZ S

k, tak pun sebenarnya.

MOK. DEBAB. LEM. MONTEL. tak, tak. aku tak offended pun orang panggil macam tu. cuma kalau orang tu lelebih pastu saiz lagi besar, hmmm. cermin diri lah yang mampu aku katakan.

aku sebenarnya nak kecikkan sikit bahagian badan yang berlebihan. bukan nak kurus. sebab kurus itu agak mustahil dan kurus dan shuhadah tu tak compatible bersama. sebab utama nak kecikkan badan, pakaian! baru beli baju, 2-3 bulan pastu dah sendat. (ke memang aku yang tak sedar diri beli saiz kecik?)

nak diet. tapi, pemakan nasi tegar gua ni. biasalah asian. duduk rumah senang nak makan sedap. makin besar badan. harap balik uia ni nanti dapat kurangkan saiz badan.