aku pun taktau lah benda-benda mcm ni boleh di publickan atau pun tidak. aku tak faham. aduh,, bukan aku tak percaya, just susah nak percaya org zaman sekarang.
selasa lepas, kakak aku bawak pergi jumpa ustaz, nak buang
saka katanya. its kind of scary typing that word that started with S. but the point is, ustaz tu cakap dekat kakak aku, before he met me lah, just by seeing my name, he can predict what kind of person am i. dia kata, aku ni jenis bukan pemaaf orangnya, and kalau aku ade relationship dgn mane-mane yg beropposite gender dgn aku, it won't last long. misalnya, even berkawan pun, akan tak tahan lama.
jd, masa jumpa hari selasa hari tu pun, aku diubati. tak buat ape pun, just ustaz tu mcm bercakap-cakap psl something-something which i fear to state it here. bkn scary pun tp. then, dia cakap s ni main dgn jiwa kita. dia bgtau hati kita supaya fikir hubungan-hubungan nak buat apa? muda lagi saya ni, ustaz tu cakap. yang ajaibnya, itulah yang aku fikir selama ni. seriusly, aku memang ade suka orang, tipu kalau aku cakap tak. tapi, bercouple tu, memang macam mustahil bagi aku. aku konfius sekarang ni. aku memang macam dah tak suka kat lelaki. sebab apa? sebab orang yang aku suka end up mcm dah tanak kawan aku. serius gua habaq kat hang gua kalau minat kat orang, setia wa cakap lu. hihihihi. lagi, gua gelilah dgr bercouple-couple ni. makes me sick. geli. tp, sebenarnye, deep deep deep down tu, sebenarnye ade jugak teringin. tp teringin tu just 0.01% saje tau. gua repeat, 0.01%!!
hmm, dulu masa kat sekolah, mmg aku suka yg macam bad boy tapi, sejak masuk uia, aku rase aku akan lebih tertarik dekat lelaki yang baik pekertinya, beriman, soleh tetapi bolehlah juga menyeportingkan diri melakukan aktiviti-aktiviti anak muda zaman sekarang. but the problem is, aku sendiri rase diri aku tak layak untuk orang yang macam tu. aku ni bongkak. busuk hati. berhasad dengki. maybe itu yang sesuai utk describe diri aku. jujur aku cakap, bila aku tengok orang cantik, aku akan set dlm otak aku, cantik, tapi tak berharta, tak pandai, tak beriman pun buat ape? bila tengok orang kaya, hmm, harap duit mak bapak dia, bolehlah. and same goes to orang yang pandai. jadi, bila aku dah tengok orang yang lengkap segalanya, buat aku fikir, aku ni perfect sangat ke nak kutuk orang? aku gemuk, takde harta satu sen pun kalau mak abah aku halau aku dari rumah. beriman? sembahyang lima kali sehari pun aku tak mampu nak patuh. pandai? pandai lah sangat kalau dah diri sendiri asyik down dgn result.
ayat ustaz tu macam terngiang-ngiang dlm otak aku, s ni main dengan jiwa kita. but then i realised, it's all started with us. it's about our own determination. perkara first yang kita kena pupuk dalam diri kita, ialah keimanan kita. ya Allah, selama ni banyak dosa yang aku buat pastu aku macam ada sinar keimanan sikit, but then aku commit lagi the same mistakes. ya Allah, bongkaknya aku sebagai hamba Allah, aku kadang-kadang tak berdoa kat Allah sebab aku fikir maybe ini yang patut aku fikir bila aku minta sesuatu kat Allah-kita berdoa kat Allah, mintak macam-macam,tp kita tetap tak nak sembahyang, berpegangkan kata-kata tu, membuatkan aku taknak berdoa kerana aku malu nak mintak sesuatu dari Allah. tapi, sebenarnya adakah itu benar-benar malu atau hanya kerana kebongkakan aku je?!
walaupun post aku ni agak mengelirukan, dan aku sebenarnye tak ingat the main story of this post, aku nak berbalik kepada cerita pilihan hati aku, kerana itulah aku nak pasangan aku nanti, seorang yang beriman yang dapat membimbing aku ke jalan Allah dan sentiasa membetulkan kesalahan aku. dan kemudian aku terfikir, berdasarkan perspektif yang aku ada terhadap lelaki selama ni which is ( almost 75% of men is useless!) adakah aku bakal berkahwin in the future?
ya Allah, andai kau takdirkan aku bersuami, maka aku pohon kepadamu agar kau pasangkanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar, dan jika kau takdirkan aku tidak berpasangan, kau peliharalah keimanan dan janganlah kau gelapkan hati aku. amin ya rabbal 'alamin~