Thursday, 23 August 2012

RAYA! RAYA! FIRST DAY OF RAYA!

perjalanan jauh tak ku rasa. kerna hatiku melonjak sama. ingin berjumpa sanak saudara. yang selalu bermain di mata. nun menghijau gunung ladang dan rimba. langit yang tinggi bertambah birunya. deru angin turut sama berlagu. semuanya bagaikan turut gembira. wo wo woooo balik kampungggg.. wo wo wooo balik kampung... hahahaha. ye ye je tulis lirik lagu balik kampung. padehal tak excited mane pun balik kampung yang dah sekangkang kera dengan rumah aku tu.

first day of raya?? hmm, baik cerita kisah malam raya. masa malam raya tu, barulah aku terhegeh-hegeh nak beli kasut raya. karpet raya and other things lah! baju raya ikutkan tahun ni sepasang je. tapi sebab keluar malam tu, jadilah dua pasang. shopping punya shopping balik rumah dekat pukul 3 pagi. aku tidur, pukul 4. penat woo! dahla balik rumah sehari before raya. nak kemas rumah lagi. hmmm. busy habis. penat tahap boleh nangis.

then bangun 6 lebih. memang cukup sangat pun waktu tidur tu. hahahaha. jadi, rutin hari raya pertama. kemas-kemas siap-siapkan makanan sikit. terhegeh-hegeh baru nak iron baju. nasib baik ada kakak sepupu yang membantu. then siap-siap nak pergi semayang raya. aku, abah ngan mak naik kereta. yang lain-lain naik moto je. and as same as every year, semayang kat surau je. ha! time semayang raya tu, memang aku bangun time semayang dua rakaat jelah. khutbah yang awal tah ke mana. yang last tah ke mana. hahahaahha.

then balik rumah, makan-makan. tunggu sedara. then barulah balik kampung kat bagan datoh perak. oh, before balik kampung, salam-salam dulu dapat duit raya. tangkap-tangkap gamba dulu. hihihi. kejap je singgah bagan datoh tu. then, gerak pergi rumah yong, kat batu gajah. hmm, lupa nak cakap. first day raya tahun ni tak meriah sangat sebab family yong tak balik kampung. but anyway, raya was so-so lah first day haritu.

okay, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI serta ingin memohon beribu kemaafan andai terkasar bahasa, tersilap kata, tersinggung perasaan, rusuk, mahupun perut rakan-rakan yang membaca blog ini even I think only one person will actually read this. hahahaha. aku juga ingin minta rakan-rakan menghalalkan segala makan minum yang sudah diberi tak kira secara paksaan ke ataupun dengan rela hati makanan tu diberi waktu tu. juga halalkan ilmu-ilmu and everything yang telah diberi atau aku terambil dari anda semua. hahaahhahaahaha.
nangis sebab banyak dosa ni. kahkahkah
aku pun. tak kurang dosanya. hihew~ 
i'm younger! 
lemme with handsome abah
we're happy like that<3
awhhh, kurang yong je ni. so sad.
what a happy couple they are
angah and family
muallaf pakai baju melayu. handsomenye!
bestfren since 1998
I JUST LOVE THIS.
double peace from abah:))
family besar but still incomplete:/
yong and along
two person that i love the most in this world<3

JALAN-JALAN CARI MAKAN EDISI PUASA

lama dah kan aku tak update blog. busy menjalani kehidupan seorang pelajar mungkin. kali ni aku update pasal berbuka puasa yang manenye aku menjadi ala-ala organizer dia dibantu oleh beberapa rakan seperti nur syahirah bt abu bakar berserta athirah bt abdul rahman. kemain kau nama penuh aku bagi. hihewww~

hmm, setelah aku try mengatur majlis berbuka puasa ni, barulah aku tau betapa bukan senang nak atur satu-satu majlis tu. sane sini aku telefon. seoul garden lah, flaming hampir semua branch dia aku kol. habis banyak tau kredit aku. sob sob sob. hahahaha. mula-mula tu kononnya nak buat majlis berbuka tu 28 julai. tapi memandangkan ramai yang tak dapat ikut, dianjak ke next weeknya, 4 ogos 2012. tarikh dah ada, tempat pulak tak pasti.

last2 kompemlah dengan seoul garden. satu kepala RM47.50 dia mintak. MAHAL WOOO! hahahaha. last-last ada yang argue, tukarlah tempat ke flaming, dan berharga RM28.30 satu kepala. kira berpatutanlah jugak tu, makanan dia pun okay. sedap. just beza dengan seoul garden dia takde tempat nak bakar makanan-makanan yg kita mkn tu je. lain-lain memang lebih kurang. memang flaming ni disyorkan sangatlah untuk buat event-event berbuka puasa. tapi, masalah dekat flaming ni, dia punya tempat semayang, alahaiii, sempit. dua orang je muat masuk. dah macam stor. hahahaha.

maka, pada tanggal 4 ogos 2012 tu, bergeraklah aku dengan tie serta ein menaiki bas menuju ke KEY KEY ELL, KEY ELL SENTRAL, dari situ kitorang ambik KTM ke stesen subang jaya. dari subang tu, kitorang naik teksi gerak sunway pyramid. restoran flaming ni terletak betul-betul sebelah sun inn hotel yg dekat dgn sunway pyramid tu. habis berbuka, pergi sunway balik, jenjalan kejap sambil tggu ayah alyaa sampai sebab nak tumpang pakcik adnan balik UIA. tengkiu uncle castello sbb tumpangkan. hihi. here's some picture of the berbuka puasa that we went before.



ha, inilah flaming. malang sungguh kami dapat seat luar, kalau dalam cantik sikit. but it's okay. 

SIAPA KATA PEREMPUAN MAKAN SIKIT???
cameragirl of the day
duckface much?
alexgirl, danisha


najihah.
amboi akak sakinah si harimau belang
alyaa, ngeeeee
why so serious??? penat jadi bendahari ni si tie ni.

perhati yang di belakang tu. ye. yang di belakang
saghah hajimah
ohyeah! partner in crime. muahahaha
haruslah ada aku. manis tahap diabetessenyuman. hahahaha.
si bon yang datang lewat. la tahzan ye bon. muehehehe

inilah ibu misali



tutup jer lettew.

comel saje aisya


niena nenenenenenek


akak yang cun

sharrrrmimi razak si pinkaholic

menawan tanpa kaca mata


syarihin, naughty little kid
ainil si kakak toro
afiqah, celebrity of the day
pweddy pwinshesh
hajah munirah
US
this is how we roll
the finest piece. muka sume baikmacam nak sepak. hihihi
lack one person. zue.

ni dia total 23 orang makan. kayo flaming ni.