Tuesday, 6 November 2012

I HATE YOU!

rajin pulak malam ni aku mengarang sampai dua post sekaligus. maybe bosan. okay, berbalik kepada tajuk. baru je tadi aku cakap jangan memarah kan? dah tetiba I HATE YOU bagai. hahaha. inilah kisah si "dia" yang ku benci itu.

aku kalau ngan "dia" ni, aku takut sangat. tengok "dia" pun aku dah kecut. muka "dia" tu macam raksasa. sebab tu aku benci "dia". apatah lagi kalau "dia" ni dekat ngan aku. memang aku nangislah. paham tak betapa ketakutan aku terhadap "dia" ni tinggi dah tahap macam mana?

sejak dari dulu lagi dah  aku tak suka "dia". aku pun tak tahulah macam mana aku tak suka "dia". tapi satu perkara yang buatkan perasaan ketakutan aku terhadap "dia" terboost sampai level 101% tu adalah disebabkan peristiwa ni.

masa tu, aku bersama rakan-rakan yang lain sedang bergembira, bercengkarama, bergurau senda, hahahaha. melebih pulak. senang cerita bermain dengan sungguh rianglah, hahahaha. aku dulu terer panjat pokok. jangan tak caya. dulu gua kurus wa cakap sama lu! hahaha. tapi masalah aku ni kalau dah panjat pokok tak berapa reti nak lompat turun terus. aku kena turun slow-slow.

nak dijadikan cerita, satu hari ni aku panjatlah pokok ceri ni, tak tinggi mana pun. dah puas memanjat, aku pun nak turun. on the way nak turun tu, "dia" tunggu aku kat bawah. kan aku takut gila ngan "dia". tak semena-mena, cecair panas mula membasahi pipiku yang gebu dan mulus ini. ye rakanku, aku menangis. bahkan bukan menangis biasa. meraung seperti orang meroyan. lama aku tercanguk atas pokok tu. semua tu disebabkan "dia". aku benci "dia".
I HATE YOU!
P/S: masa nak letak gambar ni pun aku rasa nak nangis! kecut perut kau tahu?! betapa evil wajah dia.

LITTLE THING THAT PISSES ME OFF

dah macam little thing called love pulak dah tajuk. ewahhh. (OMG OMG OMG! HENSEMNYA MARIO MAURER!) hahahaha, dah kenapa aku ni?! aku tengok blog aku ni macam sikit sgt pulak postnya, jadi kali ni, akanku ceritakan benda remeh temeh yg boleh membakar jiwa raga batinku ini. hahaha. hamboih melebih.
  1. orang kacau aku tengok movie (one does not simply bother me when I'm watching movies)
  2. orang mengacau aku tidur (woi ni siapa suka woi?!)
  3. TWITTER ( hah ni memanglah, terlalu banyak benda yang aku annoyed at kalau aku log in twitter ni)
  4. waiting.........( aku ni bukanlah tak boleh menunggu langsung, tapi as for example, nak pergi makan, dah kalau setiap kalinya aku jadi penunggu siapa tak bengang?!)
bila fikir balik kan, macam tak bagus jugak tau aku tulis benda-benda ni. but I'm going to let this thing slide once. ecewahhh~ hahaha. sebabnya tak bagus kan, benda ni macam perkara kecik je, tapi bila macam kau state benda tu, it'll become permanent.

sama la jugak konsepnya kalau kita marah dekat someone tu, kita kalau marah sangat dekat orang tu, kalau ikut akulah, kita elakkan diri kita dari tengok muka orang tu dulu. tarik nafas dalam-dalam. serious lega sikit. sikit lah. tapi at least ade jugak kurangnya. tapi kalau tak kurang jugak, tumbuk muka orang tu! hahahaha! just kidding~ but seriously. hahaha. taklah. kita tumbuklah dinding. lepas tumbuk dinding tu, barulah kau tau sakit. pastu fikir sekarang siapa yg bengong? hahaha, merepek dah aku ni. bila kita marah, just DON'T DO ANYTHING STUPID that'll make you regret later on. kalau marah ambik wudhuk okay?

lagi satu, kalau marah atau bergaduh kita jangan nak melebih kerana ingatlah kamu wahai anak Adam, orang yang berlebihan dalam arguement itu adalah satu daripada ciri-ciri orang munafik. lastly, marah itu syaitan. sebab apa? sebab kita marah sebab panas hati. panas itu sifat api. syaitan itu berasal daripada api. sebab tulah marah itu syaitan. jadi, jangan marah. hahaha
nama saya  marah!

Friday, 2 November 2012

SEMESTER BREAK!

so yeah, seperti tajuk kat atas. aku sekarang tengah sem break. 2 bulan lebih cuti wooo~ it's been so long since the last time I updated my blog. hahaha. omputih pulakkk. hihihihi. makanya, seperti biasa... sebelum cuti telah banyak plan-plan yang telah aku rancangkan seperti , nak belajar menjahit, nak menjadi anak solehah dengan mengurut abah setiap hari, nak kerja sebab nak kumpul duit nak beli macbook(ni yg paling importante ni) hahahaha.

dan sekarang, cuti probably dah nak dekat seminggu lebih berlalu, tapi malangnya satu pun aktiviti ni tak terlaksana lagi. ohh, except urut kaki abah tu. hahahaha. yang nak beli macbook tu harapan macam pudar-pudar sikitlah. tapi, yang nak belajar menjahit tu, insyaAllah akan terlaksana. dan kalau terlaksana, akan ku pastikan ku tulis satu entri mengenai proses menjahit tu!

p/s: aku nanti belajar menjahit dari online videos je. hahahaha! riak betul tulis macam ni.