Monday, 31 December 2012

2013 AKU DATANG

today, as in right now, is the 31st december 2012, and in a few upcoming hours, it's gonna be 1st january 2013. another year passes. Alhamdullillah kerana umur kita dipanjangkan. so, just like every year, sume orang mesti ade azam barulah, misi baru and so on.

jadi, aku sebagai manusia yang bersifat mainstream, juga macam meletakkan satu azam yang kabur. tak spesifik. ianya general. aku berazam nak jadi insan yang lebih baik. lebih baik dari segi pemikiran, sifat, perilaku, dan sebagainya.

sejujurnya, awal 2012 aku rasa best sebab kawan-kawan aku yang rapat semua still dekat-dekat. mei 2012 pulak dikejutkan dengan penyakit abah. so sad bila ingat balik. and, akhir 2012, bagi aku, hambar. maybe ade masa seronok, tapi bagi aku overall at the end 2012, i'm not very happy.

so, aku harap sangat 2013 is gonna be a better year. AMIN.

CAMERON HIGHLAND

lama dah tak update. busy mungkin. tapi dalam busy-busy tu sempat le jugak berjalan. hihi. yang sebenarnya, bila difikir balik, sejak masuk kusess sampai lah sekarang, aku asyik berlegar-legar di sekitar selangor, perak and kl je. kalau ade pun negeri lain, kenduri. bosan, bosan.


so, 27 dis lepas, hari khamis tak silap, kami sekeluarga, but not the whole family lah, pergi cameron. eksaited eden sebab dah lama bebeno rasenye tak keluar dari 3 negeri yg eden sebutkan sebentar tadi. pergi dua kereta je.

aku naik keta yg penuh dengan kanak-kanak, so aku duduk depan. dalam 20 minit kot dah start jalan yang pusing-pusing jalannya, ooo mak ai, pening! nama pun naik kereta dengan kanak-kanak, muntah-muntah dorang. nasib baik dah prepare plastik. kalau tak mau banjir kereta dengan muntah. ewww je. hahaha

mula-mula kitorg pergi ladang teh. best sangat pemandangan dia. sejuk! nak lagi kitorg pergi pagi. kitorang turun kat ladang dia, aku turun sikit je. nampak senang je nak turun, padehal curam gila aku rasa. dah la aku gayat. kalau tak silap aku, tempat yang aku pergi tulah tempat yg mila ngan hariz berlakon dlm ombak rindu tu. awww aaron<3. hewhewhew.

then, pergi tempat jual bunga. mak aku dahla hantu bunga. mesti beliau gembira gila tengok bunga yang berlambak-lambak kat situ. aku tak minat sangat. so, busy tangkap gambar nak bagi nampak kurus. hahahaha. gila tak boleh terima hakikat diri tu dah gemuk tahap badak punya. hahaha.

after that, kitorg pergi ladang strawberri. ladang strawberri memang bersepah kat cameron tu, tapi nak pergi tempat yg boleh petik sendiri, kena cari yang ade tulis boleh petik sendiri kat tempat tu. kitorang pergi tempat yang boleh petik sendiri, but unfortunately, tutup ladangnya sebab buah takde. i iz sad. sibuklah orang lain petik banyak-banyak. hish.

lepas dah jalan kat cameron, otw balik tu, kitorg mandi air terjun kat lata kinjang. actually kan, i used to call it lata kijang. bila pergi balik, baru tau sebutan betul dia. tapi mandi sekejap je, sbb abah is not feeling very well,dan lagi, yang paling dewasa pun mandi is me. nak jaga budak-budak, risau. though sekejap je mandi, tapi best gila mandi air terjun. tertunai gak hajat nak mandi air terjun. sebab dah lama sangat tak ke air terjun. last, tah darjah berapa.

best sgt hari tu, even pening naik kereta. tapi, aku rase maybe tu last lah aku nak ke cameron, sebab aku risau tengok jalannya. bahaya. dengan tanah runtuh lagi. tapi not so happy haritu sebab abah only turun kereta dekat ladang teh je. lain-lain duduk dlm kerta je. esoknya abah demam. sian abah. overall, 90% happy and 10% is not sebab abah demam sebab jauh berjalan.

ala-ala hotties gituw. hehehe
Subhanallah pemandangan dia. cantik sangat kan?!
yong. ibu kepada 5 anak. can you believe it? 


us.
mak and abah
my very own PSY

Wednesday, 12 December 2012

BATU

batu. batu? kau tau tak apa tu batu? bagi aku batu tu batulah. yang kalau orang baling kat kepala kau, mau naik berdaghah di buek nyo. tak kisah le kocik ke bosa mane batu tu. bajet-bajet je ni speaking nismilan. i'olls orang kacukan selangor-perak hokay? kuikuikui! lahir di selangor, kampung di perak.

berbalik kepada batu. batu ni kan keras kan? (soalan, mcm mintak dibaling batu. hehehe) persoalannya, adakah manusia berkepala batu akan merasa sakit jika kepalanya dilempar dengan sebiji batu? ya? atau tidak? jawapan? TIDAK. jawapan anda, tetttttt! tidak benar sama sekali. sakit lah woi kepala kalau kena baling dengan batu. lainlah kalau kau ironman.

banyak dah perkataan batu membatu kat post ni kan? serabut aku. reason sebenar aku cakap pasal batu ni adalah aku ingin menceritakan tentang sifat aku yang kepala batu, yang mana sebenarnya term yang sesuai bukanlah kepala batu ekceli, dah tulih baru peghasan. keras kepala sebenarnya. aku rasa aku ni kengkadang keras kepala. bukti? aku naik moto kengkadang tak pakai helmet, aku jatuh tangga kat rumah aku, kepala aku tak pecah terus, just berjahit je. heheh, pecah la tu kan sebenarnye? aku eksiden, kawan aku patah tangan aku benjol kepala je. hahahaha. tapi ni semua bukan keras kepala yang aku maksudkan. keras kepala aku tu, kuat melawan.

aku kadang-kadang bengang dengan diri sendiri tau. aku ni, kalau kena marah, bukan macam orang lain. nangis ke ape. aku marah balik. pastu, aku tak berapa nak suka kalau orang argue pendapat aku. bukan pendapatlah sebenarnya. macam statements pasal facts lah kot. kalau aku berperangai macam ni dekat kawan,  maybe aku tak kisah sangat. tapi masalahnya, dekat keluarga. kat parents. kengkadang rasa cam anak derhaka. tu yang kengkadang rasa benci sangat kat diri sendiri. pastu ego pulak tu tanak mintak maaf.

bila fikir balik, aku ni short-tempered tau. senang marah. jadi, insyaAllah aku akan buat something untuk kikis sifat syaitonnirrojim yang dah bermaharajalela dalam sanubari ku ini. ecewah, puitis gitu! okaylah, sampai sini je entri kali ni. btw, nyesal semalam, (12/12/12) tak kawin. lawa tu tarikh. ceit, verangan betul!

Saturday, 8 December 2012

AKU SUKA DIA

amboih, jiwang betul tajuk. lagu ainan tasneem u'olls. saje nak geli-geli sekali-sekali ape salahnye ye dak? hahaha. si dia, or maybe si dia-dia yang aku suka ni tak lain tak bukan jejaka hensem bernama super mario, hahaha, tetttttt, bukanlah, it's mario maurer. dia ni hensem gila bagi aku lah. tengok kehenseman dia tahap boleh nangis. hahahaha, aku suka lah orang thailand!

kan tadi aku state si dia-dia, lagi orang thailand yang aku suka, of course lah, nickhun! NICKHUN HORVEJKUL. dan.. dann... jirayu la-ongmanee. amboi. nama complicated habis. call him kao jirayu for short. mario maurer ni, first time aku tengok dia, kat cerita First Love (little things called love). nickhun pulak, aku sendiri tak ingat. dia ni feymessss! member of 2 pm. kpop kpop gittuw. jirayu pulak, cerita Suckseed.

sebenarnye kalau kau tengok balik kan, cerita-cerita thailand ni best-best belaka, nak dibandingkan dengan cerita melayu. hampeh! buat bazir duit beli tiket wayang je kalau tengok cerita melayu. cerita melayu ni bagi aku pelakon dia banyaklah jugak yang berbakat. tapi cerita dia, jalan ceritanya, cam hampeh. berbalik kepada mereka bertiga, tengok sikit wajah-wajah yang aku curik dari google image ni.

comel tak nickhun?
this. KAO JIRAYU
eyyy, awat tenung gitu? malu kittew! hahaha


sayangnya, beliau dah ade gf. yg tengah tu.
comel kan? lagi comel dari aku tu yg tak tahan. hahaha, bajet lawa lah pulak! ha, malam ni ada bola. malaysia lawan thailand pulak tu, hmmmmm... ni yang swing ni nak sokong mane. i'olls dah la suka orang thailand. hewhewhew. just kidding! of course lah aku sokong harimau malaya! aummm! selamanya.. selamanya.. selamanya HARIMAU MALAYA! elelelele~ ooooo.....


AUMMM!!!

Tuesday, 4 December 2012

RESEPI PAVLOVA

pavlova oh pavlova. dua tiga hari ni aku asyik google gambar pavlova je. dah teringin sgt dan akhirnya, aku nekad hari ni nak buat pavlova. amboi, payah bebenonye nak sebut. ikut mak aku senang je beliau panggil. kek loba-loba terus. tapi resepi pavlova ni pun aku ambik dari tenet je pun. dari blog cik epal. (pastu nak tulis balik kan? ) maaflah cik epal, kita saje. hihihihew. aku pernah makan pavlova ni pun sekali dua je, kat delicious dengan kakak ipar eden punya kawan buat. aku suka lagi yg kt delicious tu. crunchy bak hang. bebel banyak, barang tak bagitau gak.

ni untuk meringue dia. pronounce as "mering"

ini sekali.
untuk meringue dia:

  • 4 biji putih telur 
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka makan
step-step buat meringue:
first sekali, pukul telur sampai kembang. PUTIH TELUR sahaja tau. yang kuning dia tu, lu orang simpan buat toloq dadaq ke ape.
pukul sampai jadi gebu gini.
dah kembang, masukkan gula kastor tadi dalam ni, sekali lagi kita kembangkan dia. aku guna stand mixer je. kakak aku bagi kat mak aku free dia beli sofa. motip betul bagitau orang. hahaha
bagi dia berkilat sampai camni.

nak tau dia kembang ke tidak, kau tonggengkan camni. dia takkan jatuh.
nak lagi extreme kau acah-acah tuang kat abah kau. mau makan penampo. muahahahaha. tapi swear gua cakap dia tak tumpah. then, masukkan, tepung jagung, esen vanila, ngan cuka dalam adunan tu. kacau-kacau guna spatula.
kacau dengan kelajuan 240 km/h
pastu dah sebati, bolehlah letakkan, dan bentukkan secomel dan sekemas yg mungkin di atas loyang yang dah dilapik dgn baking paper hokay!
ha, kan cumil lute tuuuu.. 
ha, pastu, masukkan dlm microwave oven yang dah dipanaskan dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit. kau kurangkan suhu jadi 140 degree celcius pastu biarkan dalam tu dalam lebih kurang 1 jam-1 jam 15 minit. ni ikut cik epallah. depends on oven kot. masa aku buat, ikut degree beliau, tak masak. sejam kot tunggu. jadi, masa aku buat suhu dia 200 degree pastu aku turunkan 180 degree. masa dia, aku agak-agak je. 40-50 minit gitu. tapi lepas satu jam aku ikut degree cik epallah. so, aku pun x sure sgt degree ngan masa dia dlm oven. tapi better kau orang ikut nasihat cik epal je.
ginilah rupa meringue dia after have gone through berkali-kali pemanasan
AMARAN! ha, tokojot ekau. miehehehehe,  meringue ni tersangatlah rapuh. lepas dia masak, biar jap dia cool down dalam oven tu, jgn keluar terus. senang cerita, kau biar dia sejuk sampai dia tak panas lansung ah.

sementara tunggu tu, kau boleh buat topping dia. topping dia buat kejap je.

bahan-bahan topping:


  • whipped cream
  • fresh fruits(preferably sour fruits ;kiwi, strawberri, blueberri, bkn blackberry okay!)
  • gula icing*ni kalau whipped cream dia tak manis je tau, kalo manis takyah*


ni fresh fruits yg dah siap dipotong. potong sbb nak bagi nmpk bnyk sikit.


kalau guna whipping cream kotak, yg tak manis, letak gula aising.



kalau dlm tin yg pakai tekan-tekan tu je, takyah gula aising.
AMARAN! Sekali lagi amaran. hihihihi, whipped cream ni, kau tak boleh keluarkan dari peti ais lame-lame. aku mula-mula beli yg whipped cream dalam kotak tu je, tapi tetiba ade instinct nak beli yg dalam tin punya. nasib baik. sebab ape nasib baik? sebabnye kan, aku yg amatur ni, boleh biarkan whipped cream ni berjam-jam lamanya kat luar peti ais. aku bajet nak guna yg dalam kotak tu je, tapi bila aku kembangkan, dia berair. membazir je. last-last guna yg dalam tin. tu pun berlaku ke-slack-an  jugak, sbb whipped cream ni aku keluarkan dah lama, pastu aku letak atas meringue yg still panas.

jadi macam ni whipped cream aku. so aku tak guna pun ia. kesian betul.
tak kisahlah guna whipped cream yang mana. tapi orang cakap better yg dlm kotak. kau hiaskan cantik-cantik atas meringue tu, decorate ngan buah yang dah dipotong tadi.

maka termasaklah seekor pavlova yang tak berapa nak comel sebab whipped cream cair.
pavlova ni, rasa dia manis sangat, sebab tu letak fruits yang masam. biar ade keseimbangan dalam tekstur rasanya. wahhh! masterchef gitu. sebenarnya buat dia, senang je pun. tak caya try buat. bajet untuk buat dia, sebabnya aku beli baru semua barang tu, tak termasuk alatan bake lah, yang bahan-bahan dialah maksud aku, in total around RM80. Memang macam tinggi kosnya, tapi kalau ko nak tau harga dia kalau beli kat luar, satu slice, mak aii, dekat 10 hengget, ade yang lebih 10 ringgit pun satu slice. so, better kau buat sendiri. ala.. yang mahal dia pun sebenarnya buah dia, fresh fruits dengan sepapan telur je aku beli dekat RM50. boleh buat 2-3 kali sebenarnya. yang lain-lain tu dalam RM20+ je. jadi SELAMAT MENCUBALAH YE KALAU NAK TRY BUAT!

p/s: aku takut orang keliru yang pasal masa dalam oven tu, aku malas nak delete. so aku terangkan balik. panaskan oven 15 minit dengan suhu 150 degree. then, masukkan meringue dan biarkan dalam oven 1jam-1jam 15 minit dengan suhu 140 degree.

Sunday, 2 December 2012

I MISS MY FRIENDS

it's almost 1.30 a.m. ecewah speaking pule teman. kekekeke. banyak benda nak story, but been busy menjalani kehidupan sebagai seorang surirumah tidak bersuami. hehehehe. gatai na. just nak tulis, GUA RINDU SANGAT KAT KENGKAWAN SIXTEN GUA. boleh kegeringan ni. hahahaha, nak contact, but aku ni ade satu problem. MALAS.

aku ni, sejak tak rapat ngan mane-mane the opposite gender friend aku jadi pemalas nak balas text. boleh pulak kan, mesej ke bbm ke twitter ke whatsapp ke (perlu ke tulis bebanyak? bajet hotstuff betui!) sekali dua aku balas, pastu aku tak balas dah. tak kisahlah kat sesape. even crush ke. kekekeke. aku normal lah. ade crush. mwehehehe. dan sekarang, aku malas. nak stop sampai sini. k dah bye.
the guys. eh wajib tau ade aku. hot chick gitu. nyampah. kikiki

the girls. rindunye kat kau orang :(

the house members. yeah! PERDANA NUMBER 1!

opkos leh us 5. even aku rase kini ade yg berbeza perangai sudah.
 KETAZ tetap di hati



SIXTEN forever remain in my heart. jiwang gitu.