pavlova oh pavlova. dua tiga hari ni aku asyik google gambar pavlova je. dah teringin sgt dan akhirnya, aku nekad hari ni nak buat pavlova. amboi, payah bebenonye nak sebut. ikut mak aku senang je beliau panggil. kek loba-loba terus. tapi resepi pavlova ni pun aku ambik dari tenet je pun. dari blog cik epal. (pastu nak tulis balik kan? ) maaflah cik epal, kita saje. hihihihew. aku pernah makan pavlova ni pun sekali dua je, kat delicious dengan kakak ipar eden punya kawan buat. aku suka lagi yg kt delicious tu. crunchy bak hang. bebel banyak, barang tak bagitau gak.
 |
ni untuk meringue dia. pronounce as "mering" |
 |
ini sekali. |
untuk meringue dia:
- 4 biji putih telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh cuka makan
step-step buat meringue:
first sekali, pukul telur sampai kembang. PUTIH TELUR sahaja tau. yang kuning dia tu, lu orang simpan buat toloq dadaq ke ape.
 |
pukul sampai jadi gebu gini. |
dah kembang, masukkan gula kastor tadi dalam ni, sekali lagi kita kembangkan dia. aku guna stand mixer je. kakak aku bagi kat mak aku free dia beli sofa. motip betul bagitau orang. hahaha
 |
bagi dia berkilat sampai camni. |
 |
nak tau dia kembang ke tidak, kau tonggengkan camni. dia takkan jatuh. |
nak lagi extreme kau acah-acah tuang kat abah kau. mau makan penampo. muahahahaha. tapi swear gua cakap dia tak tumpah. then, masukkan, tepung jagung, esen vanila, ngan cuka dalam adunan tu. kacau-kacau guna spatula.
 |
kacau dengan kelajuan 240 km/h |
pastu dah sebati, bolehlah letakkan, dan bentukkan secomel dan sekemas yg mungkin di atas loyang yang dah dilapik dgn baking paper hokay!
 |
ha, kan cumil lute tuuuu.. |
ha, pastu, masukkan dlm microwave oven yang dah dipanaskan dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit. kau kurangkan suhu jadi 140 degree celcius pastu biarkan dalam tu dalam lebih kurang 1 jam-1 jam 15 minit. ni ikut cik epallah. depends on oven kot. masa aku buat, ikut degree beliau, tak masak. sejam kot tunggu. jadi, masa aku buat suhu dia 200 degree pastu aku turunkan 180 degree. masa dia, aku agak-agak je. 40-50 minit gitu. tapi lepas satu jam aku ikut degree cik epallah. so, aku pun x sure sgt degree ngan masa dia dlm oven. tapi better kau orang ikut nasihat cik epal je.
 |
ginilah rupa meringue dia after have gone through berkali-kali pemanasan |
AMARAN! ha, tokojot ekau. miehehehehe, meringue ni tersangatlah rapuh. lepas dia masak, biar jap dia cool down dalam oven tu, jgn keluar terus. senang cerita, kau biar dia sejuk sampai dia tak panas lansung ah.
sementara tunggu tu, kau boleh buat topping dia. topping dia buat kejap je.
bahan-bahan topping:
- whipped cream
- fresh fruits(preferably sour fruits ;kiwi, strawberri, blueberri, bkn blackberry okay!)
- gula icing*ni kalau whipped cream dia tak manis je tau, kalo manis takyah*
 |
ni fresh fruits yg dah siap dipotong. potong sbb nak bagi nmpk bnyk sikit. |
 |
kalau guna whipping cream kotak, yg tak manis, letak gula aising. |
 |
kalau dlm tin yg pakai tekan-tekan tu je, takyah gula aising. |
AMARAN! Sekali lagi amaran. hihihihi, whipped cream ni, kau tak boleh keluarkan dari peti ais lame-lame. aku mula-mula beli yg whipped cream dalam kotak tu je, tapi tetiba ade instinct nak beli yg dalam tin punya. nasib baik. sebab ape nasib baik? sebabnye kan, aku yg amatur ni, boleh biarkan whipped cream ni berjam-jam lamanya kat luar peti ais. aku bajet nak guna yg dalam kotak tu je, tapi bila aku kembangkan, dia berair. membazir je. last-last guna yg dalam tin. tu pun berlaku ke-slack-an jugak, sbb whipped cream ni aku keluarkan dah lama, pastu aku letak atas meringue yg still panas.
 |
jadi macam ni whipped cream aku. so aku tak guna pun ia. kesian betul. |
tak kisahlah guna whipped cream yang mana. tapi orang cakap better yg dlm kotak. kau hiaskan cantik-cantik atas meringue tu, decorate ngan buah yang dah dipotong tadi.
 |
maka termasaklah seekor pavlova yang tak berapa nak comel sebab whipped cream cair. |
pavlova ni, rasa dia manis sangat, sebab tu letak fruits yang masam. biar ade keseimbangan dalam tekstur rasanya. wahhh! masterchef gitu. sebenarnya buat dia, senang je pun. tak caya try buat. bajet untuk buat dia, sebabnya aku beli baru semua barang tu, tak termasuk alatan bake lah, yang bahan-bahan dialah maksud aku, in total around RM80. Memang macam tinggi kosnya, tapi kalau ko nak tau harga dia kalau beli kat luar, satu slice, mak aii, dekat 10 hengget, ade yang lebih 10 ringgit pun satu slice. so, better kau buat sendiri. ala.. yang mahal dia pun sebenarnya buah dia, fresh fruits dengan sepapan telur je aku beli dekat RM50. boleh buat 2-3 kali sebenarnya. yang lain-lain tu dalam RM20+ je. jadi SELAMAT MENCUBALAH YE KALAU NAK TRY BUAT!
p/s: aku takut orang keliru yang pasal masa dalam oven tu, aku malas nak delete. so aku terangkan balik. panaskan oven 15 minit dengan suhu 150 degree. then, masukkan meringue dan biarkan dalam oven 1jam-1jam 15 minit dengan suhu 140 degree.
No comments:
Post a Comment